Can't Sleep

Why??!!
Lab + FB + Running Man + Skype = Fresh~!

Kali ni saya tak join training ngn skot-skot saya
Saya ade lab kat UITM Shah Alam

See U Next training skot~!

Pagi Yang Indah..

Pagi ni..
Lepas saya breakfast ngn Malight, Camel, Bob & Ariff Soef,
rse tergerak hati nk tgk ciptaan Allah SWT..

Sejuknye pagi ni.
Angin sepoi2 bahasa sambil memikirkan
"ADE OUTING TAK ARINI???!!!"
Setiap ari ahad, ni la ayat yang selalu
keluar dari mulut saya.
Sebenarnya bukan nk outing sgt pn
tp rse mcm ada 1 kebebasan disitu.
Hee..

Apekan daya.
Saya seorang pejuang negara yang
sentiasa menurut perintah.
Ade lak sorg kwn saya post
ayat ni kat FB.
"ONCE ORDER HAD BEEN DECIDED, EXECUTE IT !!!
(whether u like it or not!~)"

Betol pe dy tulis tu
Hmmm...
Suke @ pun tak, saya kene trime gak
sebab saya dah pilih untuk masuk tentera

Balik kepada ciptaan Tuhan..
Rumah saya belakang hutan & sebelah RSAT
(Rumah sakit Angkatan Tentera)
Mmg boleh tgk bukit tiap2 hari la
Bkk je tingkap mmg rse sejuk sgt
Cantik sgt tgk pokok2 ni
Indah... Damai... Tenang...
hehehehe....

Tapi...
Belakang bukit ni dah banyak pembangunan
harap2 hutan kecil ini tak di apa-apakan
walaupun saya terpaksa lari lebih 6km setiap minggu
apabila adanye
CROSS-COUNTRY
(aktiviti paling tidak digemari oleh PKDT UPNM)
Jangan rosakkan hutan kecil tu sebab saya suka padanya
=)



Hmmmm... Bestnye... Tenangnya

[p/s:Tolong la jgn pk ag psl esaimen walaupun esok dah nk kene hantar]



Kampung :)

Saya sangat bahagia dan tenang di kampung.
Alangkah indahnye.. <3..
Xmo blk KL...
Please...

Semoga Along dijauhi dari sebarang musibah...

Hari ni dah belambak-lambak berita terpampang kat tv pasal rusuhan kat Mesir. Siyesly saya agak tkot & risau sbb along saya ade kat sane. Dy dah terputus hubungan internet & ini dah ssh kn dy untuk tempah tiket balik ke Malaysia. Alhamdulillah stakat ni line telefon masih boley gune. Harap2 along, Ahmad Hawariy bin Razali selamat disana tanpa sebarang musibah.

Kawan-kawan..
Saya berharap kamu semua dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan along saya & rakan2 nye serta semua kaum muslimin di sana dari ditimpa sebarang kecelakaan @ musibah. Semoga mereka semua dapat menghadapinya dengan hati yang tabah. Selamatkanlah mereka semua. Amin~!

Hangout wif Shasya~!

Before mid-sem break.. saya & Shasya sempat kuar same2.. Jauh perjalanan pada hari kejadian. Dr times square sampai ke sogo ktowg pusing. memang sgt penat & agak memenatkan. Yang pasti sgt memuaskan. Disebabkn dah lame ktowg xjmpe, byk benda yg ktowg sembang, borak & gelakkan..



Kejadian di sogo..
Sampai je kat sogo ktowg g serbu food court.. masing2 perut da lapo..
Ktowg plih mknan kat claypot je.. xtau nk mam ape kat sane. tp arange juice ktwg mmg besor sgt2.. msing2 xabes mnum. kalo share pn take. Sharing is loving.. ngee..

then..

Shasya beli purse baru. Wow~! Awesome.. Fantastic.. plastic.. Cun la siot Shasya punye purse baru. Warna hijau+hitam. Kalo ikotkan hati Shasya, dy nk je warna hitam+merah[favret caler shasya].. tp disebabkan kwn dy xbg dy beli warna merah, dy amik la warna hijau..



Next.. Ktowg g makan aiskrim & jln2 habiskan mase yg terluang. Sib baik xda hana nina. kalo x lg best la percutian ini.. Hehe.. Kalo ikotkn hati mude ni, nk je ajk sume 5terz kuar same2.. tp dowg sume dah blk kg sempena mid-sem break & cuti raya cina..



Next time kite hangout same-same ag ea shasya.. Miss u damn much~!
Fren neva end~!

Happy Anniversary to 5terzzz!!

Today (12 Jan 2011) ... All 5terz celebrate our 9th Anniversary since we knoe eack other 9 years ago.. I have a lot of memories with 5terz. We all creat a lot of memories at SCIPP. Since i was there, i learn how to love and how to care each other. What LOVE & FRIENDSHIP are all about...









LOVE YOU FOREVER & FRIENDSHIP NEVER END~!

Judin my besty eva~!

Sometimes..
I'm thingking of this guy.
Mohd Aizuddin b. Aziz
Nice..
Gentleman...
Sweet..
Funny..
and so on...
He is my bestfriend eva..
I like his style so much..
Sometimes he makes me laugh..
I'm happy to have a friend like u~!
All da best in your becoming life..
With new work..
Congrate & all da best~!






ensem gak kwn saya nih...





bajet cute..

Thinking of you...

Tibe-tibe rse wndu kat mak & abah...
Mak Abah, nnt dtg KL ag ea..
Miss u!
LOVE YOU A LOTTTTT!!!!


Kejayaan Bersama... TUAH da B.E.S.T....!!

Pertandingan Eco Challenge 2010 dah pun berakhir. Lastly ktowg menang gak. 2 tahun berturut-turut TUAH dah menang Eco Challenge. Rse sgt bersyukur dgn kejayaan ni. Sgala jasa dan kerjasama rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai dengan ucapan jutaan terima kasih. (cm bg ucapan jek)


Hip...Hip... Hoooorayyyy!!!

Firstly.. Thanx a lot to all team's members yg dah byk bg kerjasama. Then... Thnx to all Kadet Tuah yang dah byk bg sokongan padu melalui FB dan jgk live.. Thnx to Kapt Azwin, Kapt Asma, Kapt Radzi, Lt. Daoud dan x lupe jgk Mejar Shaharul yg tetap bg sokongan walaupn x bersama kami dlm perang kecil ni.


Cilok dr FB


...Teamwork...

Sepanjang pertandingan ni, byk yg sy belajar drp senior, skuad2 sy dan jgk junior. Thnx to all jejaka-jejaka yg dh byk tlg & support ktowg ladies tuah sepanjang latihan dan jgk pertandingan. thnx a lot... Hee=)


ladies eco challenge TUAH


!~kemenangan bersama~!

Final Game For Military Training~!

Da lame x tulis mcm2 kat blog ni.. hee... Tbe2 rse nk share ngn org yg kat luar sane ttg aktiviti yg saya dah uat spjg kwn2 yang kat luar tgh cuti sem .. Hehehe.. Sy cume nk cte pasal pertandingan echo challenge. Pertandingan ni merupakan kemuncak aktiviti ktowg kat UPNM setiap tahun. Pertandingan ni melibatkan penyertaan kumpulan. Ini bermakne "teamwork" sgt2 lah penting dalam pertandingan ni. Yg kuat perlulah tlg golongan yg lemah. Xpeselly ladies yg join aktiviti ni. Dh mmg Allah jadikan lelaki sebagai khalifah untuk bimbing umat manusia. Hee=)

Untuk echo challenge 2010 ni, laluan dah berubah. xda la seteruk tahun 2009 kot. InsyaAllah. Hrp2 mcm tu la sbb mmg sakit mental & fizikal la kalo nk abeskan track yg dah tersedia tu. Hehehe.. harap2 kali ni tuah akan menang. Echo challenge yg lepas, ktowg kene bawak tong peluru, tayar & jgk batang log termasuk la jgk bagpack & senjata. Senjata yg ktowg gune utk aktiviti ni adalah stayer. Adoii... ag berat dr M16.



Ape lg ek yg nk share...

Laluan tahun lepas, 1st skali ktowg terpaksa cross-country (merentas desa). Mmg xleh nk cte r ngn panas n jauh nye perjalanan ni. yg xleh tahan nye bukit bukau mcm pe tah nk cte. Mmg indah ciptaan tuhan. Skurg2 nye dapat gk saya lihat keindahan alam ni. Hee=)



Next, Ktowg kne rempuh halangan kat 1 RAMD. hohoho... leh tahan r kot. Pastu ktowg lari lak ke UPNM menuju ke boathouse. Huhu.. sampai je kat sane ktowg bkk spike boot n berkayak sejauh 1KM.



Last skali ktowg kne layout brg2 yg ktowg bawak dlm bagpack tu.
Hehehe.... Mmg puas ati r slps ktowg raih kemenangan dlm pertandingan ni.



Tu tahun lps punye. Tahun ni xtibe ag. Mengikut tarikh yg pihak ALK dah bg, 29 Dis 2010 ni la acara kemuncaknye. Hmm... xtau la nk ckp cmne. Pe la nasib ktowg kali ni. Moga team saya dapat johan kali ni. InsyaAllah...


Tibe-tibe tringat saat ni ~!

Ble dpt keluar kem, sume org gembire.. Saya pn rse bebas bersama kawan-kawan. Ktowg lepak kat KLCC. Ktorg sume 5 org sempat r tgk wayang & jalan2 sekitar KLCC.. Ni la Pengembaraan ktowg selepas bebas dari penjara Sg. Besi, KL.. Hahaha =)










Lata Belatan on 15 Nov 2010

1st day at home with my junior.. Ady Fitri b. Mohd Shokri. Nice shot at Lata Belatan... A moment to remember~!












"Abah..Bagilah balik tangan Ita..."

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)