Say NO to "Ragging"



Ni la salah satu poster yg tergantung kat UPNM..Motif dy hnya 1 jer.. Xmo dah ada kes ragging di kalangan pelajar UPNM.. Seperti kes yg telah berlaku kat RMC @ MTD dimana 2 kes kematian dah berlaku spnjg tahun 2010 ni. Yerla.. Pihak pengurusan mane yg x risau.

Pada pendapat saya.. budaya UPNM dan RMC yg mane dilatih dalam suasana ketenteraan sepatutnye berfikiran terbuka. Bukan maksud saya Ragging itu dibenarkan.. Perkataan Ragging itu tidak sepatutnye wujud dalam konteks kita sbg manusia. Allah jg melarang kita menzalimi makhluk kat dunia ni..

Di UPNM.. Pada saya, kalau hanya diminta untuk "starjump","skuadjump", "PT 10" or phsyical training yg ringan, itu bkn namanya ragging. Itu adalah budaya pengajaran yang mane mengajar dlm kekerasan. Pd saya, ini adalah budaya askar yg sememangnya dah sebati sejak dr dulu. Ape nk jd dgn askar skrg kalo x dilatih dgn kekerasan?? Walaupn dunia skrg menggunakan IQ untuk berperang dan bukan lah kekuatan fizikal semata-mata. Ketahanan fizikal & mental itu penting.

Sbg pelajar UPNM kita seharusnya pandai menilai ape itu ragging dan mengajar. Ragging adalah perbuatan mencederaan seseorg manakala mengajar adalah memberi input positif kepada seseorg. Cume. bezanya mengajar secara lembut dan mengajar secara kasar adalah cara penyampaian pengajaran itu. Oleh itu, kite sbg cadet @ pelajar UPNM yg bakal bergelar askar jgn lah terlalu manja dlm menerima pengajaran. Saya turut menentang sekeras-kerasnya mereka yang suka membuli kerana membuli itu adalah perbuatan yg dilarang disisi agama.

MyEm0.Com

Saya turut menyeru semua cadet UPNM supaya mengamalkn budaya mengajar yg betul. Jgn sampai tersilap langkah. Kerana kita jg yg bakal menanggung akibatnya. Ilmu yg kite ada jgn kedekut untuk sampaikn kepada org lain. Apabila kita turunkn ilmu yg kita ada kepada org ramai, ilmu itu akn terus kekal untuk kite. sekiranya kita tidak sebarkn ilmu yg kita ada, ilmu itu akn terus luput dr kita. Oleh itu, sebarlah ilmu yg kita ada secara berhemah. Wassalam...


No comments:

Post a Comment