Site Visit to Segari Power Plant

14 April 2011.. Alhamdulillah. Selesai sudah Site Visit untuk pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tahun 3. Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Noorlina yang bersusah payah mengandalikan lawatan kami ini. Dan tak lupa juga buat Komander Ong dan Prof Madya Nik Ghazali yang dah banyak membantu kami sepanjang lawatan tersebut.

Sepanjang lawatan banyak 'input' yang saya dapat. Program ini banyak memberi kami pendedahan kepada kerja janakuasa di Malaysia. Kami telah melawat "Segari Power Plant" yang merupakan sebuah syarikat Malaysia yang besar.


[pintu masuk SEGARI POWER PLANT]


[taklimat dari wakil Segari Power Plant]


[belakang: HRSG (Heat Recovery Steam Generator)]


[Taklimat di Control Room bersama 2 orang supervisor]


[Kami di Kelab Rekreasi Segari Power Plant]


[TNB Transmission Line]


[LPP CCGT Block Configuratin]

Benda yang paling best sepanjang kami di Segari Power Plant ialah juadah makanan tengahari. Perghhh... terbaek. Kalah mess cadet ktowg. Siyesly, Rase mcm nak tambah tapi apekan daya. Perut kecik sgt. Full... Thnx kepada pihak catering Power Plant.


[Juadah tengahari]

Saya selaku MC sepanjang lawatan turut sama memeriahkan lawatan ini walaupun saya agak gugup untuk bercakap dan ini merupakan kali pertama saya bercakap secara spontan di hadapan ramai org. Walaupun lutut ni ketar tidak terhingga, saya sahut cabaran Pn Noorlina. "Kalo awak senyap je, ciapla".. hihi.. Risau kot2 tak dapat A untuk subjek Power System. hehe..


[Penyampaian Cenderahati kepada pihak Segari Power Plant]


[0630H sebelum bertolak ke Lumut]


[Santai di sekitar kawasan Janakuasa di tepi pantai]

Selepas lawatan ke Segari Power Plant, kami bergerak ke Atlas Defense Technology (ADT). Kat sini kami mendapat gambaran tentang sistem di dalam Kapal PV TLDM. Teknologi sistem ni daripada German. Syarikat ni nmpk kecil tp sebenarnya banyak pengorbanannye kepada TLDM yang mane men'simulate'kan sistem sebelum di pasang di dalam kapal PV TLDM.

Kemudian kami ke Lumut untuk shopping dan sebagainya. Tempat terakhir kami sepanjang lawatan ialah rumah Pale a.k.a Mohd Nurfitri yang mane telah 'organize'kan makan malam kami sebelum bertolak pulang ke UPNM.

Banyak dugaan dan rintangan sepanjang lawatan kami yang terpaksa kami tempuhi dengan tabah. Contohnya, bas rosak, bas xda aircond dan sebagainya. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan lwatan kami ke Lumut.. Sekian..

No comments:

Post a Comment